Thursday, July 21, 2011

Sejarah SEMENYIH

Opppsssss.... nak kongsi gak sedikit sejarah SEMENYIH nie...
Kira belajar sejarah balik k...

1,2,3, mula...

Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.

Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.

Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.
Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
Istilah ini dikaitkan dengan kata 'Sibengis','Si monyet' ,'Monyet' dan lain-lain.

Lokasi

Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.

Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.

Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut:

1. Semenyih ke Kajang 8 km
2. ke Kuala Lumpur 32 km
3. ke Beranang 8 km
4. ke Broga 12 km
5. ke Kuala Klawang 60 km
6. ke Bangi Lama 8 km
7. ke Bandar Baru Bangi 20 km
8. ke Seremban 32 km
9. ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 56km
Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya lama dan lebuh raya. Tidak ada landasan kereta api dan jalan air mahupun landasan kapal terbang. Tetapi KLIA tidaklah terlalu jauh, cuma lebih kurang 60km sahaja.

Pusat Rekreasi Semenyih

1. Air terjun Sungai Tekala
2. Air Terjun sungai Batangsi
3. Air Terjun Sungai Gabai
4. Air Terjun Sungai Lalang
5. Empangan Semenyih
6. Air panas Broga
7. Rabbit Funland, Broga


Pendidikan di Semenyih
Universiti Nottingham
Kolej Profesional MARA, Beranang
Institut Kemahiran MARA, Beranang
Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Kampung Baru Semenyih
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Sin Ming
Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Dominion
Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Rinching
Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Semenyih
Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi
Sekolah Kebangsaan Semenyih
Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching
Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir
Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching
Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih
Sekolah Rendah Agama Kampung Rinching Tengah
Sekolah Rendah Agama Kampung Batu Tiga
Sekolah Rendah Agama Kampung Rinching Hilir
Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir
Tadika An Nura, Jalan Sungai Lalang
Pasti As Syakirin , Taman Seri Tanjung
Tabika Perpaduan , Pekan Semenyih
Tadika Maria, Jalan Bangi, Semenyih

8,9,10...selesai kot :)

credit go to wikipedia

No comments:

Post a Comment