Thursday, September 29, 2011

'Pot luck' untuk komuniti TSMF2


Haaaaaaaaaaaaahhhhh........Ini berita terkini yang baru diterima...
Pot luck untuk komuniti TSMF2 akan diadakan seperti di butiran di bawah ini:

Tarikh: 1/10/2011
Masa: 8.00mlm
Tempat: Taman Permainan, TSMF2


Justeru itu, dijemput semua ahli komuniti TSMF2 untuk turun sama2 menjayakan majlis pot luck di atas... so jgn lupe untuk bawakan juadah masing2 untuk dikongsikan sesama ahli nanti...

...Berkat Makanan, Eratkan Jalinan...

1Komuniti TSMF2.... jumpa anda di sana.. di sana..di sana..!!!

Wednesday, September 28, 2011

Dah habis Syawal sudah.......!!!


Emmm....pejam celik pejam celik dah abih dah musim raya dan berlalunya Syawal yang mulia...so mamcam mana lepas raya nie... ada yang bertambah duit raya atau bertambah berat badan lopeh raye hehehehe :) ..

Apa pun raya tetap raya.. sana sini ada rumah terbuka... rumah tertutup pun banyak juga sbb balik kampung beraya hahaha ...

Apa pun diharapkan komuniti TSMF2 senantiasa riang ria dan bergembira di bulan raya nie.. emmm dengarnya nak buat rumah terbuka hari raya khas TSMF2 tapi bila yeeee sekali kan dengan Deepavali lg cantekkkk!!!.... untuk tok penghulu saya kira setuju aje demi untuk memeriahkan dan merapatkan siraturrahim sesama ahli komuniti TSMF2 k...sudahlah agak jarang dapat berkumpul ghamai2 dan peluang ini jarang2 diperolehi hehehehe... almaklumlah suma sibuk ngan urusan memasing2 ..

Untuk anak2 komuniti TSMF2 yang sedang menduduki UPSR diucapkan selamat maju jaya dan sukses ye! :) ... dah yang bakal menduduki PMR , SPM dan STPM pung tak dilupakan...

usaha tangga kejayaan dan yang penting balaslah jasa ibubapa yang telah terlalu banyak berkorban untuk melihat anak2 berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak...