Thursday, September 29, 2011

'Pot luck' untuk komuniti TSMF2


Haaaaaaaaaaaaahhhhh........Ini berita terkini yang baru diterima...
Pot luck untuk komuniti TSMF2 akan diadakan seperti di butiran di bawah ini:

Tarikh: 1/10/2011
Masa: 8.00mlm
Tempat: Taman Permainan, TSMF2


Justeru itu, dijemput semua ahli komuniti TSMF2 untuk turun sama2 menjayakan majlis pot luck di atas... so jgn lupe untuk bawakan juadah masing2 untuk dikongsikan sesama ahli nanti...

...Berkat Makanan, Eratkan Jalinan...

1Komuniti TSMF2.... jumpa anda di sana.. di sana..di sana..!!!

Wednesday, September 28, 2011

Dah habis Syawal sudah.......!!!


Emmm....pejam celik pejam celik dah abih dah musim raya dan berlalunya Syawal yang mulia...so mamcam mana lepas raya nie... ada yang bertambah duit raya atau bertambah berat badan lopeh raye hehehehe :) ..

Apa pun raya tetap raya.. sana sini ada rumah terbuka... rumah tertutup pun banyak juga sbb balik kampung beraya hahaha ...

Apa pun diharapkan komuniti TSMF2 senantiasa riang ria dan bergembira di bulan raya nie.. emmm dengarnya nak buat rumah terbuka hari raya khas TSMF2 tapi bila yeeee sekali kan dengan Deepavali lg cantekkkk!!!.... untuk tok penghulu saya kira setuju aje demi untuk memeriahkan dan merapatkan siraturrahim sesama ahli komuniti TSMF2 k...sudahlah agak jarang dapat berkumpul ghamai2 dan peluang ini jarang2 diperolehi hehehehe... almaklumlah suma sibuk ngan urusan memasing2 ..

Untuk anak2 komuniti TSMF2 yang sedang menduduki UPSR diucapkan selamat maju jaya dan sukses ye! :) ... dah yang bakal menduduki PMR , SPM dan STPM pung tak dilupakan...

usaha tangga kejayaan dan yang penting balaslah jasa ibubapa yang telah terlalu banyak berkorban untuk melihat anak2 berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak...

Tuesday, August 9, 2011

Apa ada dengan bazar ramadhan Semenyih...

**gambar hiasan**
heemm..... pejam celik pejam celik dh masuk seminggu dah kita berpuasa... bazar pun dah tumbuh cam cendawan dah... tak ketinggalan di Semenyih nie... so kali nie bazar di tempat yang serupa cam tahun lepas cuma yang niaga tue dah kurang pulok rasanya... lokasi bazar ramadhan semenyih betul2 di depan hotel smart tue... ala hotel yang kira terbaeeeekkkk wujud di semenyih hehehehe..

sempat gak gi rewang2 di bazar ramdhan tapi tak selalu... satu hari tue sempat jugak jumpo dengan si NAbil, LU FIKIRLAH SENDIRI !! tue .. memanglah time tue tengah dk phikiq juadah apa nak ditapau berbuka nanti hehehehe :) ...

Anyway, kalau ada di kalangan penduduk komuniti TSMF2 ke bazar ramadhan tue.. belanja lah secara berhemat dan jangan tamak ye :) ... Ingat puasa bukan hanya tahan lapar dan dahaga semata-mata k.... Tingkatkan amalan pupuklah iman ... Peace Yooo!!!

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan datang lagi.....

Erhmmmm...nmpaknya bulan Ramadhan DATANG LAGI....
SELAMAT DATANG....WELCOME.....

Bulan beribadat napaknya dan penuh keberkatan... pose tau jgn x pose :)

ADA APA DENGAN BULAN RAMADHAN NIE??!!&*##@@

1. sila klik untuk lihat , niat puasa credit tue zelo55.com

2. sila klik untuk lihat, waktu imsak n berbuka (selangor only)

3. sila klik untuk lihat, panduan solat terawih

4. sila klik untuk lihat, fadhilat solat terawih


~ KEPADA SEMUA PENDUDUK TSMF2 YANG BERAGAMA ISLAM DIUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA, PEACE YOOOO!! ~

Thursday, July 21, 2011

Sejarah SEMENYIH

Opppsssss.... nak kongsi gak sedikit sejarah SEMENYIH nie...
Kira belajar sejarah balik k...

1,2,3, mula...

Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.

Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.

Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.
Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
Istilah ini dikaitkan dengan kata 'Sibengis','Si monyet' ,'Monyet' dan lain-lain.

Lokasi

Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.

Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.

Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut:

1. Semenyih ke Kajang 8 km
2. ke Kuala Lumpur 32 km
3. ke Beranang 8 km
4. ke Broga 12 km
5. ke Kuala Klawang 60 km
6. ke Bangi Lama 8 km
7. ke Bandar Baru Bangi 20 km
8. ke Seremban 32 km
9. ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 56km
Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya lama dan lebuh raya. Tidak ada landasan kereta api dan jalan air mahupun landasan kapal terbang. Tetapi KLIA tidaklah terlalu jauh, cuma lebih kurang 60km sahaja.

Pusat Rekreasi Semenyih

1. Air terjun Sungai Tekala
2. Air Terjun sungai Batangsi
3. Air Terjun Sungai Gabai
4. Air Terjun Sungai Lalang
5. Empangan Semenyih
6. Air panas Broga
7. Rabbit Funland, Broga


Pendidikan di Semenyih
Universiti Nottingham
Kolej Profesional MARA, Beranang
Institut Kemahiran MARA, Beranang
Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Kampung Baru Semenyih
Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Sin Ming
Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Dominion
Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Rinching
Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Semenyih
Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi
Sekolah Kebangsaan Semenyih
Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching
Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir
Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching
Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih
Sekolah Rendah Agama Kampung Rinching Tengah
Sekolah Rendah Agama Kampung Batu Tiga
Sekolah Rendah Agama Kampung Rinching Hilir
Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir
Tadika An Nura, Jalan Sungai Lalang
Pasti As Syakirin , Taman Seri Tanjung
Tabika Perpaduan , Pekan Semenyih
Tadika Maria, Jalan Bangi, Semenyih

8,9,10...selesai kot :)

credit go to wikipedia

Kenali Taman Semenyih Mewah Fasa 2

Pernah sampai atau tahu di mana taman ini.... :)
lokasi amat mudah ..kedudukan berhampiran dengan pekan Semenyih..
Ala yang popular dengan Nasi Ayam Semenyih tue... yang nie akan dihighlightkan di lain entry nanti...tungguuuu!!!...
Kira majmuk gak taman nie... apa yang penting 1Malaysia hehehehe
Taman yang berjiran ialah Taman Semenyih Mewah Fasa 1, Taman Bukit Semenyih, Taman Semenyih Indah, Taman Semenyih Jaya, Taman Dusun Jaya etc....
exit highway terdekat ialah Exit Semenyih Highway LEKAS.. tol RM1.10 huhuhuhu

pelan lokasi, sila klik sini k..